Feb 28, 2008

FEEL THE BEAUTY

Kertas dinding boleh diaplikasikan di dinding kediaman anda supaya dinding anda akan tampak lebih bergaya dan seolah-olah hidup. Dengan olahan kreatif yang betul ia mampu menjadikan tatarias kediaman anda kelihatan istimewa dan menarik.
Perkhidmatan kertas dinding yang kami sediakan boleh bermula dari memilih corak serta warna yang sesuai dengan tema atau tatarias hiasan yang yang bersesuaian dengan padanan perabut, langsir dan aksesori kediaman anda. Anda boleh memilih kertas dinding dari koleksi yang kami tawarkan.Namun jika anda sudah pun mempunyai pilihan dan membelinya, kami tetap bersedia mengambil upah memasang.
Secara kasar, Dinding Seni menjual kertas dinding dari harga serendah rm150 setiap gulung berserta dengan upah pemasangan. Bagaimanapun sebutharga sebenar sesuatu kerja kertas hanya boleh dinilai dengan tepat jika semua faktor diambilkira secara terperinci. Oleh yang demikian lawatan tapak dan perbincangan adalah perlu. Kami akan membawa sampel koleksi yang kami tawarkan untuk kemudahan anda.

1 comment: